Pages

Sunday, April 3, 2011

Tentang dia?Tidak.Tentang Saya~

Bila hati berbunga riang, pasti ada yang mengganggu. Saya tidak minta yang bukan2, cuma sedikit masa untuk saya. Ya, saya tidak pernah meraikan hari lahir atau apa saja dengan orang2 kesayangan saya. Apa yang saya lakukan pada hari-hari penting saya sendirian? Sama ada saya keluar berseorangan sambil makan sepotong kek di cafe, atau menyambut bersama kawan baik saya, atau hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Hanya pernah menyambut hari lahir saya bersama rakan sekerja sebab kami sering meraikan hari lahir staff setiap bulan.

Seperti yg bos saya pernah kata, hidup awak membosankan dengan rutin pergi kerja, balik rumah tanpa hiburan. Itu memang life saya sejak kecil. Boleh dibilang dengan jari siapa rakan baik saya. Boleh tahu siapa yang betul2 kenal saya. Sudah terbiasa independant. Segalanya sendiri. Itu adalah satu daripaada sikap saya.

Keras kepala? Ya. Jika saya kata 1, ianya mesti 1. Bukan 2, bukan 3. Bukan suka memerintah, tetapi saya sudah penat mengikut arahan orang. Bila saya memikirkan tentang orang lain, saya makan hati. Jadi, saya tidak kira jika orang lain sakit hati dengan saya, asalkan saya puas hati dengan apa yang saya mahukan. Kita tidak boleh puaskan hati orang lain jika kita sendiri menyakiti diri sendiri.

Paling penting, saya sayang family saya. Saya lakukan apa saja untuk mereka. Saya bekerja untuk mereka, bukan untuk diri saya. Saya puas dengan kesenangan yang family saya telah berikan kepada saya dulu. Biar saya balas jasa mereka. Mereka berhak untuk segalanya.

Hanya di sini saya mampu meluahkan rasa kecewa, gembira, sedih & segalanya. Tiada siapa saya mampu kongsi rasa hati. Being independent is the biggest challenge in your life.

Friday, April 1, 2011

April Fool???

Ini bukan April Fool.Ini betul2.Bile ape yg saye idamkn selama ini menjelma di depan mata, tiba2 ianya lesap sekelip mata saye bukan main2,ini betul2.

Dulu bila kecik2 saya selalu tbayang untuk hidup dari luar kawasan. Mahu menjelajah tempat orang, pelajari cara hidup orang lain. Sambil bekerja, sambil bercuti. Itu pendapat saya. Untuk belajar di luar negara, mungkin tidak pada saya kerana asas kewangan yang tidak kukuh. Untuk mencari kerja di negara orang, juga susah kerana berlainan bahasa. Jika tidak saya, mungkin boleh mengikut ahli keluarga yang berpeluang ke sana.

Apabila mendapat tawaran kerja di luar semenanjung, keluarga menghalang. Alasan, jika sudah bkahwin, susah untuk pulang jika duduk berjauhan antara satu sama lain. Apakah? Jika orang lain mampu harungi cabaran itu demi kesenangan masa hadapan, kenapa tidak saya? Tapi bila orang dpat peluang itu, kenapa tidak digunakan sebaik mungkin? Mungkin ia tidak bermakna bagi mereka. Adakah mereka tahu ianya amat bermakna bagi saya? Kerana sekian lama saya menunggu, akhirnya ia hilang terbang entah ke mana. Sudah. Ini bukan peluang kau. Ini peluang orang lain. Biar die yang tentukan perjalanan hidup dia.

Saya tahu, sampai bila2 impian saya tidak akan tercapai. Ok. Teruskan bmimpi di siang hari. Sperti kata orang lama2, takkan bulan jatuh ke riba. eh?