Bila hati berbunga riang, pasti ada yang mengganggu. Saya tidak minta yang bukan2, cuma sedikit masa untuk saya. Ya, saya tidak pernah meraikan hari lahir atau apa saja dengan orang2 kesayangan saya. Apa yang saya lakukan pada hari-hari penting saya sendirian? Sama ada saya keluar berseorangan sambil makan sepotong kek di cafe, atau menyambut bersama kawan baik saya, atau hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Hanya pernah menyambut hari lahir saya bersama rakan sekerja sebab kami sering meraikan hari lahir staff setiap bulan.
Seperti yg bos saya pernah kata, hidup awak membosankan dengan rutin pergi kerja, balik rumah tanpa hiburan. Itu memang life saya sejak kecil. Boleh dibilang dengan jari siapa rakan baik saya. Boleh tahu siapa yang betul2 kenal saya. Sudah terbiasa independant. Segalanya sendiri. Itu adalah satu daripaada sikap saya.
Keras kepala? Ya. Jika saya kata 1, ianya mesti 1. Bukan 2, bukan 3. Bukan suka memerintah, tetapi saya sudah penat mengikut arahan orang. Bila saya memikirkan tentang orang lain, saya makan hati. Jadi, saya tidak kira jika orang lain sakit hati dengan saya, asalkan saya puas hati dengan apa yang saya mahukan. Kita tidak boleh puaskan hati orang lain jika kita sendiri menyakiti diri sendiri.
Paling penting, saya sayang family saya. Saya lakukan apa saja untuk mereka. Saya bekerja untuk mereka, bukan untuk diri saya. Saya puas dengan kesenangan yang family saya telah berikan kepada saya dulu. Biar saya balas jasa mereka. Mereka berhak untuk segalanya.
Hanya di sini saya mampu meluahkan rasa kecewa, gembira, sedih & segalanya. Tiada siapa saya mampu kongsi rasa hati. Being independent is the biggest challenge in your life.
Sunday, April 3, 2011
Friday, April 1, 2011
April Fool???
Ini bukan April Fool.Ini betul2.Bile ape yg saye idamkn selama ini menjelma di depan mata, tiba2 ianya lesap sekelip mata saye bukan main2,ini betul2.
Dulu bila kecik2 saya selalu tbayang untuk hidup dari luar kawasan. Mahu menjelajah tempat orang, pelajari cara hidup orang lain. Sambil bekerja, sambil bercuti. Itu pendapat saya. Untuk belajar di luar negara, mungkin tidak pada saya kerana asas kewangan yang tidak kukuh. Untuk mencari kerja di negara orang, juga susah kerana berlainan bahasa. Jika tidak saya, mungkin boleh mengikut ahli keluarga yang berpeluang ke sana.
Apabila mendapat tawaran kerja di luar semenanjung, keluarga menghalang. Alasan, jika sudah bkahwin, susah untuk pulang jika duduk berjauhan antara satu sama lain. Apakah? Jika orang lain mampu harungi cabaran itu demi kesenangan masa hadapan, kenapa tidak saya? Tapi bila orang dpat peluang itu, kenapa tidak digunakan sebaik mungkin? Mungkin ia tidak bermakna bagi mereka. Adakah mereka tahu ianya amat bermakna bagi saya? Kerana sekian lama saya menunggu, akhirnya ia hilang terbang entah ke mana. Sudah. Ini bukan peluang kau. Ini peluang orang lain. Biar die yang tentukan perjalanan hidup dia.
Saya tahu, sampai bila2 impian saya tidak akan tercapai. Ok. Teruskan bmimpi di siang hari. Sperti kata orang lama2, takkan bulan jatuh ke riba. eh?
Tuesday, March 22, 2011
Takziah~
Takziah kepada family Mr.A di atas pemergian nenda@patti pada pukul 4 petang tadi. Semoga segalanya dipermudahkan urusan-Nya. Dan saya tidak sempat untuk bjumpa patti untuk kesekian kalinya :(
Monday, March 21, 2011
Permulaan Isnin~
Bila saya diam, tak semestinya saya membenarkan apa saja orang kata. Bila saya menjawab, orang kata saya kurang ajar. Walaupun berpangkat besar dari saya, tak semestinya segala yang dia buat adalah betul dan apa saya buat adalah salah. Saya adalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. Dan tak semestinya segalanya adalah salah.
Susah untuk kita puaskan hati orang lain. Tapi bila kita ikut cara mereka, makin banyak kesilapan yang kita lakukan. Jadi, adakah saya yang bersalah atau orang tersebut yang bersalah? Degil saya bertempat. Bukan degil tidak bertempat. Saya cuba puaskan hati semua, tapi saya minta maaf sekiranya masih ada yang tersinggung dengan sikap saya.
Entry ini bukan untuk mengata sesiapa. Tapi saya meluahkan apa yang saya rasa. Kalau tak suka, sila jangan buka belog saya. Saya tak berniat jahat. Ada aku kesah?
*p.s Siapa mahu pergi wedding Anan & Elin di S.Alam pula?bukan Mr.A saya yg bkahwin ya? Sila angkat mouse anda!Saya mahu ikuttt~*
Saturday, March 19, 2011
Happy Newly Wed!

*Pic Credit to Nita-curi dr fb u dear*
Maaf Pn.Nita kerana saya mengambil gambar awk tnp btanya. Saya tiada gambar pengantin b2 kerana kebizian mencari tempat duduk & merasa makanan bersama Mr.A. maafkan sikap buruk lantak kami-.-' Mr.A kata dia ada syer dengan syarikat katering itu kerana ada nama die shame2 la awk ni-.-'
Ok. Jangan amik takhta Raja & Ratu Sehari di sini. Ini adalah kawan saya semasa bersekolah di RPS dulu. Si cantik manis, saye doakan kalian berdua bahagia hingga akhir hayat. En.Anan Adli, sile jgn buli Pn. sebenarnya nk pggl cik td:p Redzlin Hasyim. Kamu memang secocok bersama. Aduhhhh! :p
Tapi, saya mmg adore dgn wedding kamu b2. Sggh comel & sggh sweet. Kalaulah konsep wedding saye boleh ditukar, alangkah bagusnya =.=' Jika ada siapa2 ada idea untuk mengdeco wedding sndr,bolehlah mintak tips dr Pn.Elin ye? Kalau Pn.Elin rase rajin untuk DIY lg,bolehlah DIY untuk wedding saye nnt ye? Tehehehe. Nanti saye blanje makan di Pasar Stadium S.Alam :p saye sedang berjimat cermat untuk persiapan kahwin,bukan kedekut :p
Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru! Sile tambah Anan Jr & Elin Jr cepat2!HAHA sile abaikan sikap kurang sopan saye ini ^.^'
Subscribe to:
Posts (Atom)