Pages

Monday, March 21, 2011

Permulaan Isnin~

Bila saya diam, tak semestinya saya membenarkan apa saja orang kata. Bila saya menjawab, orang kata saya kurang ajar. Walaupun berpangkat besar dari saya, tak semestinya segala yang dia buat adalah betul dan apa saya buat adalah salah. Saya adalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. Dan tak semestinya segalanya adalah salah.

Susah untuk kita puaskan hati orang lain. Tapi bila kita ikut cara mereka, makin banyak kesilapan yang kita lakukan. Jadi, adakah saya yang bersalah atau orang tersebut yang bersalah? Degil saya bertempat. Bukan degil tidak bertempat. Saya cuba puaskan hati semua, tapi saya minta maaf sekiranya masih ada yang tersinggung dengan sikap saya.

Entry ini bukan untuk mengata sesiapa. Tapi saya meluahkan apa yang saya rasa. Kalau tak suka, sila jangan buka belog saya. Saya tak berniat jahat. Ada aku kesah?

*p.s Siapa mahu pergi wedding Anan & Elin di S.Alam pula?bukan Mr.A saya yg bkahwin ya? Sila angkat mouse anda!Saya mahu ikuttt~*

No comments:

Post a Comment