Pages

Tuesday, July 26, 2011

Bulan+Madu=Detik Indah!

Private post! Eh?Tidak. Sebenarnya mengidam private suite untuk honeymoon belum kahwin sudah mengidam.HAHA. Kenapa tiba2 saya berbicara tentang honeymoon sedangkan tarikh kahwin masih jauh di sana? Ini kerana Detik Indah Wedding Photography bermurah hati untuk memberikan Post Wedding bernilai RM1500! Tak percaya? Klik sahaja gambar di bawah :p


Sudah klik dan baca?Pasti anda semua mahukannya, bukan? seperti hati saya yang sedang berbunga2 untuk mendapat hadiah sebegini.hehehe. Siapa tidak mahu ambil peluang yang tersedia depan mata bukan?

Ok. Hentikan kemerepekan saya sebentar tadi. Bila bercakap tentang honeymoon atau bahasa ibundanya berbulan madu bukan bermadu ya?itu adalah pahit+kelat. Pasti banyak tempat terlintas di fikiran. Tetapi saya perlukan tempat yang damai,di samping tidak ramai orang. Kenapa? Nama pun bulan madu berdua, kenapa perlu tempat yang sesak? Jadi, saya memilih Japamala Resortsebagai destinasi bulan madu saya!

Kenapa saya memilih Japamala Resort,Tioman, bukan Bali, Phuket atau selainnya?Pantai di Malaysia tidak kurang cantik dan lebih selamat kerana tiada ombak besar bukan? padahal saya tidak pandai berenang,HAHA. Japamala Resort mempunyai 13 tempat penginapan sahaja. Jadi, siapa cepat, dia yang bertuah!hehe. Setiap satunya mempunyai kolam renang persendirian bukan sebesar Pusat Akuatik Shah Alam itu ya? -.-' Pilih saja mahu menghadap laut atau merasai ketenangan di hutan. Pasti Japamala mampu sediakan. Jika mahu makan malam romantik disinari cahaya bulan dan juga lilin seperti honeymoon k.ya ampun k.ya :p , bak kata orang putih, candlelight dinner, Mandi Mandi Restaurant di Japamala Resort mampu memenuhi impian anda :) Dengan pasir putih, laut membiru, kicau burung, pasti terlena di buai mimpi. Lebih2 lagi ditemani orang tersayang ecehhhh. Lebih bagus jika ada yang bermurah hati merakamkan detik-detik indah kita di sini bukan ;p

Tak pernah lihat Japamala Resort, Tioman yang cantik? mari lihat gambar ini. Scroll down please;

Salah sebuah penginapan yang disediakan di sini
Gambar dari Japamala Resort :)

Boleh makan di luar chalet juga :)
Gambar dari Japamala Resort :)

Makan malam romantik di Mandi Mandi Restaurant :)
Gambar dari Japamala Resort :)

Laut yang membiru..Jatuh chentaaa.Lagi2 bila photographer boleh tangkapkan gambar :p
Gambar dari Japamala Resort :)

Saya sudah bilang,ada Private pool di setiap bilik :))
Gambar dari enchik Google :p

Sudah. Cukup dengan gambar. Pergi bercuti di sana dulu, baru tahu keseronokan yang ditawarkan Japamala!

Macam2 gambar boleh dapat jika berada di Japamala Resort kan? Bila tengok balik semua gambar dari photographer2 di Malaysia ini, berbagai pose sudah terbayang di minda. Contohnya? Scroll down lg ye? hehehhee..

Gambar bebayang pun sangat romantis ok? :p
Gambar credit pada Shutterspeak ya :)

Gambar waktu malam berdua,lagi2 bila diterangi cahaya lilin kalau di meja makan pun bagus :p
Gambar dari Detik Indah!
Mahu gambar waktu pagi bersiar2 begini buleh en.photog? :p
Gambar Detik Indah memang superb! :D

Mahu gambar begini juga,boleh?Semua nak berdua :p
Gambar credit pada Ahmad Fairus Photography ya :)


Cantik bukan? Saya yakin Detik Indah mampu beri yang lebih baik dari gambar2 rujukan di atas. Kerana saya sangat suka dengan hasil kreativiti mereka. Hanya yang terbaik mampu hasilkan karya terbaik bukan? Tidak perlu mengomel panjang jika sepatah ayat mampu mengungkap segalanya :) Dengan adanya Detik Indah semasa bulan madu saya nanti, tentunya saya boleh bawa pulang gambar kenangan yang berkualiti. Bukan gambar semberono dari photographer tidak bertauliah yang sentiasa di samping saya :p maap ye enchik thunang?

Sila like mereka di facebook page mereka dan layari website Detik Indah Wedding Photography untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Jangan risau, mereka sangat ramah :)




*p.s. Post ini sempena Your Dream Post Wedding Contest. Maaf jika berterabur sebab tak pernah masuk contest.HAHA. Entri paling banyak gambar setakat ini -.-'

Tuesday, July 12, 2011

Cili Merah Meletup!

Pernah tak anda semua berangan nak jadi artis?Atau berangan macam artis?Eh?Abaikan ayat tadi.HAHA. Khamis lepas, masa tengah nak keluar lunch, baca dulu FB wall. Tiba-tiba, ternampak cili merah yang sungguh menggiurkan iye ke? Tak lain dan tak bukan, CST Production! Mesti semua dah kenal dengan diorang kn? Sila tepuk dahi kalau kata tidak >.<

ini la cili merah tu.hehe.

Dengan Notes yang sungguh menarik. Rasa nak pengsan jap >.< Terus call encik thunang bagi tahu tentang Notes itu sebab die sangat2 mengidam untuk ambil pakej dari mereka. Mula2 encik thunang suruh saya call. Tapi saya kata nak keluar lunch padahal line dah kena barred.haha.padan muke saye. Then die kate ok,die call. Saye dengan senang hati keluar lunch.

Dalam half hour camtu, encik thunang call balik dengan pesanan penajanya,"Anan dah call CST untuk prebooking tu.Esok pegi PICC untuk confirm balik.75x Anan call nak dapatkan pre-book ni. Pegi tau?" Erk?!Ayat macam arahan je? Ok2.saye pegi -.-'

Esoknye lepas kerja, terus pergi PICC untuk tanya package and confirmation. Sampai je PICC, sungguh lengang. Dalam hati bkate2, ade pameran ke kat sini?Haha. Sangat jahat okeh? Tak pe, baru 1st day. Dan waktu bekerja. Jadi, tak ramai orang :p

Masuk je dewan tu, terus tuju CST punya booth. Sangat fokus okay! Tak toleh tempat lain dah! Terus cari tempat duduk dan tunggu warga CST layan. Akhirnya yang layan saya, En.Rosli, bos CST sendiri. Hehehe. Sangat ramah okay? Bincang dengan en.Rosli, at the same time bincang dengan encik thunang thru phone. Eh? Sangat multi tasking nye saya ni.huhuhu. Lepas dapat persetujuan dengan harga, terus confirm booking. Esoknya terus bank in 30% deposit. Sangat suka okay! Sebab berjaya dapat harga runtuh dari CST Production!

Nak tengok hasilnya? Kita tunggu tahun depan ye? Hikhikhik.

p.s Bak kata encik thunang, bolehla berangan jadi artis masa kahwin nanti. Apekah? -.-'