Pages

Tuesday, July 26, 2011

Bulan+Madu=Detik Indah!

Private post! Eh?Tidak. Sebenarnya mengidam private suite untuk honeymoon belum kahwin sudah mengidam.HAHA. Kenapa tiba2 saya berbicara tentang honeymoon sedangkan tarikh kahwin masih jauh di sana? Ini kerana Detik Indah Wedding Photography bermurah hati untuk memberikan Post Wedding bernilai RM1500! Tak percaya? Klik sahaja gambar di bawah :p


Sudah klik dan baca?Pasti anda semua mahukannya, bukan? seperti hati saya yang sedang berbunga2 untuk mendapat hadiah sebegini.hehehe. Siapa tidak mahu ambil peluang yang tersedia depan mata bukan?

Ok. Hentikan kemerepekan saya sebentar tadi. Bila bercakap tentang honeymoon atau bahasa ibundanya berbulan madu bukan bermadu ya?itu adalah pahit+kelat. Pasti banyak tempat terlintas di fikiran. Tetapi saya perlukan tempat yang damai,di samping tidak ramai orang. Kenapa? Nama pun bulan madu berdua, kenapa perlu tempat yang sesak? Jadi, saya memilih Japamala Resortsebagai destinasi bulan madu saya!

Kenapa saya memilih Japamala Resort,Tioman, bukan Bali, Phuket atau selainnya?Pantai di Malaysia tidak kurang cantik dan lebih selamat kerana tiada ombak besar bukan? padahal saya tidak pandai berenang,HAHA. Japamala Resort mempunyai 13 tempat penginapan sahaja. Jadi, siapa cepat, dia yang bertuah!hehe. Setiap satunya mempunyai kolam renang persendirian bukan sebesar Pusat Akuatik Shah Alam itu ya? -.-' Pilih saja mahu menghadap laut atau merasai ketenangan di hutan. Pasti Japamala mampu sediakan. Jika mahu makan malam romantik disinari cahaya bulan dan juga lilin seperti honeymoon k.ya ampun k.ya :p , bak kata orang putih, candlelight dinner, Mandi Mandi Restaurant di Japamala Resort mampu memenuhi impian anda :) Dengan pasir putih, laut membiru, kicau burung, pasti terlena di buai mimpi. Lebih2 lagi ditemani orang tersayang ecehhhh. Lebih bagus jika ada yang bermurah hati merakamkan detik-detik indah kita di sini bukan ;p

Tak pernah lihat Japamala Resort, Tioman yang cantik? mari lihat gambar ini. Scroll down please;

Salah sebuah penginapan yang disediakan di sini
Gambar dari Japamala Resort :)

Boleh makan di luar chalet juga :)
Gambar dari Japamala Resort :)

Makan malam romantik di Mandi Mandi Restaurant :)
Gambar dari Japamala Resort :)

Laut yang membiru..Jatuh chentaaa.Lagi2 bila photographer boleh tangkapkan gambar :p
Gambar dari Japamala Resort :)

Saya sudah bilang,ada Private pool di setiap bilik :))
Gambar dari enchik Google :p

Sudah. Cukup dengan gambar. Pergi bercuti di sana dulu, baru tahu keseronokan yang ditawarkan Japamala!

Macam2 gambar boleh dapat jika berada di Japamala Resort kan? Bila tengok balik semua gambar dari photographer2 di Malaysia ini, berbagai pose sudah terbayang di minda. Contohnya? Scroll down lg ye? hehehhee..

Gambar bebayang pun sangat romantis ok? :p
Gambar credit pada Shutterspeak ya :)

Gambar waktu malam berdua,lagi2 bila diterangi cahaya lilin kalau di meja makan pun bagus :p
Gambar dari Detik Indah!
Mahu gambar waktu pagi bersiar2 begini buleh en.photog? :p
Gambar Detik Indah memang superb! :D

Mahu gambar begini juga,boleh?Semua nak berdua :p
Gambar credit pada Ahmad Fairus Photography ya :)


Cantik bukan? Saya yakin Detik Indah mampu beri yang lebih baik dari gambar2 rujukan di atas. Kerana saya sangat suka dengan hasil kreativiti mereka. Hanya yang terbaik mampu hasilkan karya terbaik bukan? Tidak perlu mengomel panjang jika sepatah ayat mampu mengungkap segalanya :) Dengan adanya Detik Indah semasa bulan madu saya nanti, tentunya saya boleh bawa pulang gambar kenangan yang berkualiti. Bukan gambar semberono dari photographer tidak bertauliah yang sentiasa di samping saya :p maap ye enchik thunang?

Sila like mereka di facebook page mereka dan layari website Detik Indah Wedding Photography untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Jangan risau, mereka sangat ramah :)




*p.s. Post ini sempena Your Dream Post Wedding Contest. Maaf jika berterabur sebab tak pernah masuk contest.HAHA. Entri paling banyak gambar setakat ini -.-'

No comments:

Post a Comment