Pages

Friday, April 1, 2011

April Fool???

Ini bukan April Fool.Ini betul2.Bile ape yg saye idamkn selama ini menjelma di depan mata, tiba2 ianya lesap sekelip mata saye bukan main2,ini betul2.

Dulu bila kecik2 saya selalu tbayang untuk hidup dari luar kawasan. Mahu menjelajah tempat orang, pelajari cara hidup orang lain. Sambil bekerja, sambil bercuti. Itu pendapat saya. Untuk belajar di luar negara, mungkin tidak pada saya kerana asas kewangan yang tidak kukuh. Untuk mencari kerja di negara orang, juga susah kerana berlainan bahasa. Jika tidak saya, mungkin boleh mengikut ahli keluarga yang berpeluang ke sana.

Apabila mendapat tawaran kerja di luar semenanjung, keluarga menghalang. Alasan, jika sudah bkahwin, susah untuk pulang jika duduk berjauhan antara satu sama lain. Apakah? Jika orang lain mampu harungi cabaran itu demi kesenangan masa hadapan, kenapa tidak saya? Tapi bila orang dpat peluang itu, kenapa tidak digunakan sebaik mungkin? Mungkin ia tidak bermakna bagi mereka. Adakah mereka tahu ianya amat bermakna bagi saya? Kerana sekian lama saya menunggu, akhirnya ia hilang terbang entah ke mana. Sudah. Ini bukan peluang kau. Ini peluang orang lain. Biar die yang tentukan perjalanan hidup dia.

Saya tahu, sampai bila2 impian saya tidak akan tercapai. Ok. Teruskan bmimpi di siang hari. Sperti kata orang lama2, takkan bulan jatuh ke riba. eh?

No comments:

Post a Comment